Program Keusahawanan

12 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa, 11 Jun 2019 telah diadakan satu Program Keusahawanan yang diadakan di Balairaya Kampung Semanyir. Program ini telah bermula pada jam 09.00 pagi dan berakhir pada jam 01.30 tengah hari. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberikan panduan, pendedahan dan latihan dalam pembuatan rak botol dengan menggunakan kayu pallet. Program ini merupakan program anjuran pihak KEMAS daerah Mersing. Para peserta telah diberikan penerangan berkaitan bahan-bahan dan juga cara penghasilan DIY rak botol. Dalam beberapa jam sahaja mereka telah berjaya menghasilkan rak DIY mereka sendiri. Di harapkan dengan adanya program seperti ini akan membantu mereka menghasilkan banyak lagi produk-produk DIY.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali